Rabu, 23 Februari 2011

N.R. Resah

SHAH ALAM: Kes kecurian motor yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini sedikit sebanyak membuatkan para pelajar khususnya mereka yang tinggal di luar kawasan kampus bimbang tentang hal tersebut.

Mereka tidak lagi yakin dengan tahap keselamatan yang ada di kawasan perumahan mereka, contohnya seperti yang berlaku di sekitar Pusat Komersial Seksyen 7 di mana rata-rata didiami oleh golongan pelajar.


UiTM FC-Pahang FA seri 3-3

Pasukan UiTM FC
SHAH ALAM: Perlawanan bolasepak persahabatan antara UiTM FC menentang skuad Pahang FA berkesudahan seri 3-3 di Stadium UiTM 2 Februari lalu.

Gol pertama UITM FC telah dijaringkan oleh Razren Jesni, diikuti dengan dua lagi jaringan dari Mohd Ariff Ibrahim, dan Wafiq Wajdy.

Perlawanan ini dilihat sebagai persediaan untuk skuad utama UiTM FC yang akan menyertai Liga FAM bermula 13 Febuari ini dan skuad kedua UiTM FC yang akan menyertai Liga Selangor.





Pelajar UiTM Perlu Sedar

SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA (UiTM) turut sama dalam usaha menggalakkan pendaftaran pemilih dikalangan pelajarnya menjelang pilihanraya umum yang ke-13 .

Timbalan Dekan FKPM, Prof Madya Jamaludin Abd Rashid dalam ucapan kempennya menggalakkan pelajar untuk mendaftar pemilih sebagai langkah permulaan dalam menentukan hala tuju negara disamping menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara.

Insentif untuk Pensyarah

SHAH ALAM – Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar mengumumkan tiga insentif kenaikan pangkat pensyarah bagi menggalakkan peningkatan kesarjanaan.

Menurutnya, UiTM mendapat kebenaran khas untuk memiliki sistem kenaikan pangkat yang berbeza daripada universiti lain setelah mengambil kira kekuatan yang ada pada pensyarah dan keperluan universiti.

Sahol Bangga Guna Facebook berhubung dengan pelajar

SHAH ALAM: Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Chanselor UiTM dalam amanatnya baru-baru ini meluahkan rasa bangga kerana mampu mendekati pelajar dengan menggunakan laman sosial Facebook.

Sahol berkata, beliau berasa bangga kerana dapat meluangkan masa untuk menjawab sendiri isu serta soalan yang diajukan oleh para pelajar melalui laman facebook dan beliau amat menyayangi pelajar-pelajar seperti seorang ayah menyayangi anaknya.


Trancilt Nyala Semangat Berpasukan

SHAH ALAM: Kejohanan tahunan yang dianjurkan Chatered Institute of Transport and Logistic (Trancilt) UiTM Shah Alam berjaya memupuk semangat antara lain dapat memperkenalkan bakat baru dalam sukan futsal UiTM.

Lebih daripada 10 pasukan telah berjaya menonjolkan semangat berpasukan dengan menyertai kejohanan futsal yang dianjurkan pada 22 Januari lalu.

Gerabak Khas Wanita dipenuhi Lelaki

SHAH ALAM _ Penumpang wanita Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengeluh akibat terpaksa berhimpit di koc wanita yang turut dipenuhi oleh lelaki di dalam gerabak dari Padang Jawa ke KL Sentral selama hampir satu jam

Gerabak khas wanita KTM Komuter yang diperkenalkan ini, merupakan inisiatif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam memberi keselesaan dan jaminan keselamatan kepada golongan itu daripada risiko gangguan seksual.

Amanat Tahun Baru Naib Canselor 2011 (pautan video)


Amanat Tahun Baru Dato’ Naib Canselor I

DC Buruk, Busuk, Kotor

SHAH ALAM – Kemudahan yang disediakan di Dataran Cendiakawan (DC) Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini berada dalam keadaan yang sangat daif dan serba kekurangan sejak beberapa tahun yang lalu.

Salah seorang pemilik premis niaga di sini mendakwa, masalah ini sering menjadi rungutan pelajar-pelajar UiTM dan pemilik permis niaga, dan  meskipun isu ini berulang kali dibangkitkan  namun tiada sebarang tindakan diambil bagi menyelesaikannya.

Saman SRD RM100

Shah Alam : Kadar saman Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi kesalahan sahsiah akan dinaikkan kepada RM100 ringgit semester ini. 

Kenaikkan kadar pengeluaran saman  yang dikeluarkan oleh pegawai keselamatan UiTM meningkat akibat  sikap pelajar yang tidak mematuhi sahsiah rupa diri ketika menghadiri kuliah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.