Rabu, 23 Februari 2011

DC Buruk, Busuk, Kotor

SHAH ALAM – Kemudahan yang disediakan di Dataran Cendiakawan (DC) Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini berada dalam keadaan yang sangat daif dan serba kekurangan sejak beberapa tahun yang lalu.

Salah seorang pemilik premis niaga di sini mendakwa, masalah ini sering menjadi rungutan pelajar-pelajar UiTM dan pemilik permis niaga, dan  meskipun isu ini berulang kali dibangkitkan  namun tiada sebarang tindakan diambil bagi menyelesaikannya.


“Meja-meja makan bukan sahaja tidak mampu menampung kapasiti pelajar malahan telah rosak, penutup longkang juga tiada, paip singki rosak, dan keadaan DC agak gelap di waktu malam terutamanya jika peniaga yang menutup kedai mereka sehingga menyebabkan ada berlaku beberapa kes pelajar yang terjatuh ke dalam longkang,” kata pemilik premis tersebut.

Pelajar dan pengguna DC, Nor Zahidah Abdul Razak, 22, memberitahu  tempat meja makan tidak dapat digunakan sekiranya berlaku hujan kerana payung-payung yang disediakan di meja makan tidak lagi digunakan sejak  setahun lalu.
Selain itu, Nur Izzaty Zayani Md Ziat, 20, mengadu keadaan di DC amat kotor dan berbau busuk terutamanya apabila plastik dan bekas-bekas makanan dibiarkan di atas meja seharian dan tidak dibersihkan.

“Tempat pengumpulan sampah yang berdekatan juga selalu berbau busuk dan menggangu kami untuk makan.”

Sementara itu, Penolong Pendaftar Unit Ruang Niaga, En Rahman Naim Mat Ali berkata, pengurusan DC baru sahaja diserahkan sepenuhnya kepada pihak mereka awal tahun ini dan pihak mereka telah berbincang untuk menambah baiki fasiliti di sana.

“Penambahbaikan fasiliti di DC akan bermula pada bulan Februari dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan Mac”,

Komentar :

ada 0 ulasan ke “DC Buruk, Busuk, Kotor”

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.