Rabu, 23 Februari 2011

Trancilt Nyala Semangat Berpasukan

SHAH ALAM: Kejohanan tahunan yang dianjurkan Chatered Institute of Transport and Logistic (Trancilt) UiTM Shah Alam berjaya memupuk semangat antara lain dapat memperkenalkan bakat baru dalam sukan futsal UiTM.

Lebih daripada 10 pasukan telah berjaya menonjolkan semangat berpasukan dengan menyertai kejohanan futsal yang dianjurkan pada 22 Januari lalu.


Malah, menurut penganjur Ilias Rais yakin kejohanan ini sekurang kurangnya dapat membantu mereka menghilangkan tekanan dan memberi cabaran kepada pencabar lain.

Trancilt juga telah berjaya melahirkan atlet atlet futsal yang baru bagi memantapkan kolaborasi di antara atlet dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi di persada sukan universiti di negara ini.

Katanya, setiap pasukan mempunyai formasi yang sistematik dan bersesuaian dengan setiap perlawanan antara lain sentiasa bersedia dan tidak kekok dengan rentak permainan yang berlainan.

“ Pendedahan awal ini diharap dapat membantu mereka dalam usaha mempromosikan kepakaran serta teknik-teknik rentak permainan sebenar.

Perlawanan akhir menyaksikan pasukan yang menggelarkan diri mereka Padang Jawa menentang pasukan Kosong dan akhirnya memihak kepada pasukan Padang Jawa dengan keputusan 2-1.

Komentar :

ada 0 ulasan ke “Trancilt Nyala Semangat Berpasukan”

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.