Rabu, 2 Mac 2011

iSiswa Kemudahan Pelajar

Shah Alam- Pusat Sistem Maklumat Bersepadu (PSMB) menyediakan perkhidmatan “iSiswa” iaitu Portal Emel Pelajar yang membolehkan pelajar melakukan urusan rasmi dengan pihak universiti.



Setiap pelajar yang membuka akaun emel akan mendapat kapasiti storan emel sebanyak 10GB selain kemudahan Skydisk atau Storan atas talian berkapasiti 25GB turut disediakan pada pelajar yang yang berminat menggunakan aplikasI iSiswa.

Pelajar yang ingin mewujudkan akaun emel harus mengikuti format yang ditetapkan oleh pihak university iaitu berpandukan arahan berikut dengan menaip <no_pelajar>@isiswa.uitm.edu.my

Pelajar yang berminat untuk membuka akaun emel iSiswa dikehendaki melayari portal pelajar di alamat http:// istudent.uitm.edu.my

Komentar :

ada 0 ulasan ke “iSiswa Kemudahan Pelajar”

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.