Rabu, 2 Mac 2011

Pelajar APB Kesal Bilik Kuliah Tidak Selesa

Keadaan bilik kuliah Akademi Pengajian Bahasa 
SHAH ALAM: Pelajar Akademi Pengajian Bahasa (APB) UiTM Shah Alam meluahkan rasa tidak puas hati kerana terpaksa belajar dalam keadaan kelas yang tidak selesa serta tidak mempunyai alat bantuan pembelajaran yang kondusif.



Siti Norazimah Sidek, pelajar semester lima mendakwa bilik kuliah tersebut tidak mempunyai alat penghawa dingin serta alat pemancar “Liquid Crystal Display” (LCD) seperti yang digunakan di fakulti lain.



Beliau berkata, bilik kuliah yang digunakan pada ketika ini adalah bilik kuliah sementara yang dipinjamkan oleh pihak kolej Kenanga dan Cempaka memandangkan Kompleks APB tidak mempunyai bilik kuliah yang tetap.

Nurmalina Manja Jannur Tarihoran yang juga pelajar APB memberitahu bahawa pensyarah yang mengajar juga turut mengadu tentang keadaan bilik kuliah yang serba kekurangan.

Komentar :

ada 0 ulasan ke “Pelajar APB Kesal Bilik Kuliah Tidak Selesa”

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.