Aduan Pelajar

Kampus Induk, Shah Alam

  1. Kemudahan dan keadaan di Dataran Cendekia yang tidak memuaskan menyukarkan pelajar UiTM menikmati sajian .
  2. System  registrations dan validasi subjek terlalu sukar dan menyusahkan para pelajar .
  3. Keselamatan kawasan persekitaran  pelajar non residen (NR) tidak terjamin .
  4. Keadaan UiTM sesak dengan kenderaan yang terlalu padat, kadang kala menyebabkan kesesakan lalu lintas. 
  5. Kurangnya informasi mengenai laluan perjalanan bas UiTM dan masa perjalanan menyukarkan pelajar – halilah baharudin sem 4
  6.  Bagi mengurangkan kesesakan di UiTM terutamanya waktu pagi, sebolehnya kelas bermula seawal 9 pagi . Ini dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas.
  7. Masa operasi pusat kesihatan seboleh-bolehnya dilewatkan sehingga malam dan dibuka pada hujung miggu kerana kesuntukkan masa bagi pelajar untuk ke pusat kesihatan.
  8. Anjing berkeliaran sekitar kolej kediaman menyukarkan pelajar untuk keluar masuk.
  9.  Kekurangan bas UiTM untuk mengambil pelajar dari luar.
  10. Tempat makan yang tidak berbumbung menyukarkan pelajar menikmati makanan kerana keadaan cuaca yang panas dan hujan.
  11. Masalah bekalan air yang terputus di kolej kediaman- zatiema Halim UiTM Machang
  12. Penggunaan I-learn yang menggalakn dikalangan para pelajar dan pensyarah. -Azly-Zaly – UiTM
  13. Kekurangan tempat letak kereta dikawasan sekitar dan terpaksa membayar parking private -Uda Ayie UiTM Melaka.
  14. Telefon awam semuanya rosak hanya sebagai perhisan sahaja.
  15.  Kekuranagn perpustakakan mengikut fakulti.
  16.  Keadaan lif kolej kediaman yang busuk dengan bau sampah. Seharusnya mencuci sebersih-bersihnya dan hanya menggunakan 1 lif sahaja. Atie masscom
  17. Kebajikan pelajar non residen kurang mendapat perhatian, seperti sewaktu pertandingan SUKOL. – Muhamad syukri
  18. Kekuranagn cafeteria dan ruang makan di setiap fakulti seperti fakulti perngajian perniagaan dan fakulti undang-undang. Suriyani kosnan fakulti
  19.  Ruang solat yang terhad bagi setiap fakulti.
  20. Tempat letak kenderaan terlalu bahaya dan menggangu kenderaan awam.
  21. Teksi dari pada luar engggan masuk ke kedalam UiTM.
  22. Tambang bas terlalu mahal dan tidak setimpal dengan perjalanan dengan keadaan.
  23. Gangguan berkalan elaktrik yang berlaku di fakulti peniagaan perniagaan .
  24. Terlalu banyak golongan “pondan” yang menyakitkan mata.

Puncak Alam

1)    Perkhidmatan bus UiTM tidak mencukupi  untuk pelajar.

i)      Pelajar-pelajar non-resident (NR) terpaksa berebut-berebut untuk menaiki bus pergi ke kelas.
ii)     Perkhidmatan bus Rapid KL juga tidak dapat menampung jumlah pelajar-pelajar yang kian bertambah banyak.

2)    Tiada tempat menunggu bus disediakan di sekitar kawasan kediaman NR.
i)      Pelajar-Pelajar terpaksa berteduh di kawasan-kawasan redup bagi mengelakkan  cuaca panas dan lebih buruk lagi apabila cuaca hujan  dan disertai dengan angin kencang.
ii)     Pelajar-pelajar terdedah dengan bahaya ketika sedang menunggu bus daripada kenderaan-kenderaan yang memandu terutama pada ketika awal pagi.

3)    Tiada kemudahan wifi di sekitar kawasan kediaman NR.
i)      Pelajar-pelajar yang tidak mempunyai jaringan internet sendiri menghadapi kesukaran untuk mencari bahan-bahan bantuan belajar seperti artikel, jurnal, ensiklopedia, dan sebagainya.
ii)     Sesetengah pensyarah mengunakan sistem ‘i-learn’ di dalam memberi maklumat-maklumat terkini dan juga penghantaran tugasan yang diberikan kepada pelajar.

4)    Kawasan kediaman NR yang tidak selamat.
i)      Banyak berlaku kes-kes yang melibatkan pelajar UiTM sendiri  dimana pelajar-pelajar kehilangan kenderaan, kes pecah rumah dan sebagainya.
ii)     Kes rogol yang berlaku pada pelajar UiTM memberi kesan kepada pelajar-pelajar lain

5)    Selekoh-selekoh jalan yang berbahaya di sekitar kawasan UiTM.
i)      Selekoh di kawasan pintu masuk sehingga ke kawasan fakulti dan kolej telalu merbahaya
ii)     Pelajar-pelajar yang gagal megawal kenderaan sendka melalui jalan tersebut banyak terlibat dlm kemalangan kecil dan parah yang menyebabkan pelajar mengalami patah-patah tulang dan kecacatan kekal.

6)    Kemudahan fasiliti dan prasarana yang tidak mencukupi.
i)      Kemudahan-kemudahan asas yang masih tidak mencukupi di UiTM menyukarkan pelajar untuk menguna kemudahan tersebut dan adakalanya terpaksa berurusan dengan UiTM induk( Shah Alam). Antaranya ialah,
·         Perkhidmatan komputer
·         PTAR.
·         Mesin ATM
·         Pejabat Pos
·         Kedai photostat

7)    Kemudahan sukan & rekreasi yang terhad.
i)      Padang sukan dan kemudahan rekreasi tidak mengcukupi.
ii)     Peralatan-peralatan sukan & rekreasi ada yang terpaska dipinjam dari UiTM Shah Alam untuk membuat sesuatu Majlis.
8)    Gerai-gerai makanan
i)      Pada minggu cuti premis menjual makanan kebanyakanya ditutup. Sebahagian besar pelajar yang tidak balik ke kampung halaman susah hendak membeli makanan. Ada yang terpaska membeli makanan di luar kerana makanan yang disediakan di dalam telah habis dijual.
ii)     Ada sebahagian pelajar mengadu keracunan makanan setelah membeli dan memakan makanan di premis makanan.
9)    Ruang kemudahan solat
i)      Masjid sementara tidak dapat menampung jumlah pelajar yang ramai terutama ketika solat Jumaat dan Majlis-majlis ceramah yang biasanya dibuat di situ.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.