Rabu, 2 Mac 2011

1 Pelajar 1 Sukan- NR Tidak Tersisih

Shah Alam: Pihak universiti turut mensasarkan konsep 1 Pelajar 1 Sukan dapat direalisasikan melalui Sukan Kolej (Sukol) dalam memastikan graduan yang dilahirkan oleh UiTM berkualiti dan mendapat tempat di pasaran kerja,” Pengarah Pembangunan Pelajar, Profesor Madya Hanafiah Harun berkata dalam ucapan.

Perasmian (Sukol) yang berlangsung pada 11 Februari lalu telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Chanselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dato' Dr. Abdullah Mohamad Said berlangsung dengan penuh meriah dengan kontinjen yang bertanding mempersembahkan variasi persembahan dalam perbarisan berserta maskot.


Sukol yang pernah ditangguhkan penganjuran selama empat tahun sebelum ini, telah berjaya dianjurkan kembali atas inisiatif Dato' Abdullah Mohamad Said supaya dapat melahirkan pelajar yang versatil apabila telah menamatkan pelajaran kelak.

Beliau turut mengharapkan setiap atlet yang bertanding mewakili kolej masing-masing bersukan dengan semangat kesukanan yang tulen dan menghindar daripada mempunyai sifat yang negatif semasa mengambil bahagian.

Sebanyak 12 kolej termasuk Non-Resident (NR) telah mengambil bahagian dalam Sukol 2011 walaupun NR tidak mempunyai kolej tetap namun kesemua pelajar turut diberi perhatian dan kawalan.

“Pihak universiti berharap agar semua pelajar yang tinggal di luar kampus dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh university agar pelajar NR tidak berasa tersisih,” katanya lagi.

Komentar :

ada 0 ulasan ke “1 Pelajar 1 Sukan- NR Tidak Tersisih”

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.