Rabu, 2 Mac 2011

4 Kampus Cawangan Diberikan Autonomi

SHAH ALAM – Empat kampus cawangan Universiti Teknologi MARA (UiTM) diberikan kuasa autonomi bagi mentadbir kampus masing-masing bermula 12 Februari 2011.

Pengisytiharan autonomi ini merupakan salah satu daripada usaha UiTM bagi mencapai aspirasinya dalam menjadi universiti penyelidikan bertaraf dunia.

Ketika menyampakan Amanat Tahun Baru 2011, Naib Canselor UiTM, Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata perbincangan bersama Menteri Pengajian Tinggi telah mewujudkan satu modul baru bagi mereliasasikan aspirasi tersebut

“Kampus cawangan diberikan kuasa autonomi bagi melahirkan graduan profesional dan separa profesional manakala kampus UiTM Shah Alam dikhususkan untuk menawarkan program pasca-siswazah dan UiTM induk inilah, akan dijadikan kampus penyelidikan”

Kampus cawangan yang menerima pengisytiharan autonomi daripada Kementerian Pengajian Tinggi ialah UiTM Cawangan Perak, Perlis, Terengganu dan Sarawak.

Komentar :

ada 0 ulasan ke “4 Kampus Cawangan Diberikan Autonomi”

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.