Rabu, 2 Mac 2011

57 Penyelamat Sertai Bengkel

SHAH ALAM: Seramai 57 orang penyelamat telah menghadiri bengkel penyelamat bertempat di stadium renang UiTM pada 23 Januari 2011 lalu.

Kesemua peserta terdiri daripada pemegang sijil gangsa untuk penyelamat yang telah melepasi ujian kelayakan sebagai lifeguard.


Dalam bengkel tersebut, semua peserta akan diuji berdasarkan asas yang telah dipelajari semasa mereka menduduki ujian gangsa sebagai lifeguard.

Selain itu, asas-asas sebagai lifeguard yang lebih praktikal turut diajar dalam bengkel ini agar mereka lebih mahir dalam menyelamatkan mangsa.


Menurut fasilitator bengkel tersebut, Hazrin Anis ,program sebegini akan memberi pendedahan awal tentang teknik menyelamatkan mangsa lemas kepada Lifeguard.

Tambah beliau lagi, bengkel ini mahu melahirkan lifeguard yang baik yang mana mereka mampu menyelamatkan mangsa tanpa masuk ke dalam air.

Menurut pandangan beliau, peluang perkerjaan sebagai lifeguard dan berkata bahawa peluang mereka terbuka luas dan bukan hanya terikat dengan UiTM sahaja kerana mereka mempunyai sijil gangsa.

Apabila ditanya syarat-syarat kepada individu yang berminat untuk menjadi lifeguard beliau berkata mereka harus pandai berenang dan bersedia menghadapi semua ujian yang akan dilakukan.

Untuk maklumat, kesemua pemegang sijil gangsa telah diperakui oleh Malaysian Life Saving Society (MLSS.)

Komentar :

ada 0 ulasan ke “57 Penyelamat Sertai Bengkel”

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.