Rabu, 2 Mac 2011

Pelajar Dihempap Batu Beransur Pulih


SHAH ALAM 7 Feb. – Norhanani Shahimi, 22, pelajar UiTM yang dilaporkan cedera dihempap batu dalam ekspedisi mendaki Bukit Broga 20 Januari lalu kini beransur pulih daripada kecederaan.



“Melihat kepada tahap serius kecederaan daripada kemalangan yang lalu, keadaan Norhanani kini semakin pulih dan kami berharap agar keadaannya bertambah baik pada masa yang akan datang supaya mampu kembali melakukan aktiviti bersama”menurut rakan karibnya, Shamsul Shahimi Aminuddin yang turut ditemu bual hari ini.


Penuntut jurusan Ijazah Pengurusan Maklumat itu kini sedang menjalani rawatan pemulihan di KPJ Healthcare, Kajang akibat hentakan batu yang kuat sehingga mencederakan tulang belakangnya.

Walaupun masih belum pulih sepenuhnya, itu tidak mematahkan semangat Norhanani untuk kembali meneruskan pengajiannya yang dijangka tamat pada Jun tahun hadapan.


Dalam pada itu, Norhanani turut melahirkan kekesalan kerana terdapat sesetengah pihak media yang menggembar-gemburkan berita mengenai kemalangan beliau sehingga wujudnya spekulasi bahawa beliau telah meninggal dunia akibat daripada kemalangan itu.

“Saya tidak dihempap batu serta tidak hilang selama 2 jam seperti yang dilaporkan dalam akhbar, ia hanya seketul batu sebesar bola ragbi bergolek ke bawah lalu melanggar bahagian belakang saya sehingga menyebabkan kaki kebas dan tidak mampu berjalan” katanya.

Komentar :

ada 0 ulasan ke “Pelajar Dihempap Batu Beransur Pulih”

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.