Rabu, 23 Februari 2011

Saman SRD RM100

Shah Alam : Kadar saman Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi kesalahan sahsiah akan dinaikkan kepada RM100 ringgit semester ini. 

Kenaikkan kadar pengeluaran saman  yang dikeluarkan oleh pegawai keselamatan UiTM meningkat akibat  sikap pelajar yang tidak mematuhi sahsiah rupa diri ketika menghadiri kuliah.

Menurut Penolong Pegawai Keselamatan En Hadith b Jamaludin, jumlah saman  yang dikutip dan dikeluarkan oleh pihak keselamatan pada semester lepas  meningkat  tinggi bagi kesalahan sahsiah pelajar.

“Pelajar yang melakukan kesalahan tidak terus dikenakan tindakan disiplin tetapi mereka akan dibicarakan di Mahkamah Tatatertib UiTM ,”

Kebayakan pelajar tidak mengendahkan saman yang dikenakan dan hanya akan melangsaikan hutang mereka ketika hampir dengan waktu konvokesyen kerana ia mungkin menyebabkan transkrip mereka ditahan.

“Perbuatan ini menunjukkan sikap pelajar yang tidak mengambil berat akan saman yang dikenakan” jelas Hadith

“Sikap pelajar memainkan peranan peting dalam pembentukan sahsiah mereka,” katanya lagi.
Ujarnya lagi, “saman dikeluarkan bukan sahaja dari sahsiah rupa diri   tetapi juga melibatkan  kesalahan meletakkan kenderaan.”

Komentar :

ada 0 ulasan ke “Saman SRD RM100”

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.