Rabu, 23 Februari 2011

N.R. Resah

SHAH ALAM: Kes kecurian motor yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini sedikit sebanyak membuatkan para pelajar khususnya mereka yang tinggal di luar kawasan kampus bimbang tentang hal tersebut.

Mereka tidak lagi yakin dengan tahap keselamatan yang ada di kawasan perumahan mereka, contohnya seperti yang berlaku di sekitar Pusat Komersial Seksyen 7 di mana rata-rata didiami oleh golongan pelajar.




Mangsa, Mohd Azran b. Haji Awang
Mangsa, Mohd Azran bin Hj. Awang, pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM meluahkan rasa kesalnya terhadap tahap keselamatan yang ada dikawasan tersebut kerana pada hari kecurian, dia telah memastikan bahawa motor miliknya telah dikunci dan berada dalam keadaan yang baik.


“Kejadian ini tidak sepatutnya berlaku kerana pada masa tersebut iaitu sekitar 6 petang masih lagi terdapat ramai orang yang lalu lalang dikawasan tempat beliau meletakkan motosikal miliknya dan sangat mustahil bagi pencuri untuk mencuri motosikalnya itu pada waktu tersebut melainkan jika ianya dicuri pada waktu malam hari”, ujarnya.

Komentar :

ada 0 ulasan ke “N.R. Resah”

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.