Rabu, 23 Februari 2011

Gerabak Khas Wanita dipenuhi Lelaki

SHAH ALAM _ Penumpang wanita Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengeluh akibat terpaksa berhimpit di koc wanita yang turut dipenuhi oleh lelaki di dalam gerabak dari Padang Jawa ke KL Sentral selama hampir satu jam

Gerabak khas wanita KTM Komuter yang diperkenalkan ini, merupakan inisiatif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam memberi keselesaan dan jaminan keselamatan kepada golongan itu daripada risiko gangguan seksual.
gerabak khas wanita dipenuhi kaum lelaki
Bagi memudahkan penumpang mengenal pasti gerabak tersebut, KTMB telah menampal pelekat khas di tingkap, pintu dan di dalam tren gerabak serta kain rentang yang dipamerkan di landasan dan tiang berwarna merah jambu.

Malangnya, hampir suku daripada penumpang koc terbabit dipenuhi oleh penumpang lelaki yang gagal mengutamakan wanita.

Sifat tidak bertanggungjawab dan kurang bertimbang rasa jelas terlihat apabila wanita terpaksa berdiri apabila terdapat tempat duduk diduduki oleh kaum lelaki. 

Komentar :

ada 0 ulasan ke “Gerabak Khas Wanita dipenuhi Lelaki”

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.