SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA (UiTM) turut sama dalam usaha menggalakkan pendaftaran pemilih dikalangan pelajarnya menjelang pilihanraya umum yang ke-13 .
Timbalan Dekan FKPM, Prof Madya Jamaludin Abd Rashid dalam ucapan kempennya menggalakkan pelajar untuk mendaftar pemilih sebagai langkah permulaan dalam menentukan hala tuju negara disamping menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara.
“Bukan memaksa pelajar untuk berpolitik, tetapi mengajar pelajar untuk mengambil tahu akan hak-hak sebagai rakyat Malaysia.”
“Masyarakat melayu dan anak muda sekarang seakan tidak mengendahkan langsung status pendaftaran mereka kerana merasa selesa dengan kehidupan sekarang tanpa mereka sedari bangsa asing menunggu ruang untuk melihat bangsa Melayu dan bumiputera rebah,” ujarnya.
Tegasnya, pelajar yang layak mengundi seharusnya menjalankan kewajipan mereka tanpa perlu dipaksa mana-mana pihak namun oleh kerana kurang keprihatinan membuatkan ramai antara pelajar yang memandang ringan akan perkara ini.
Rabu, 23 Februari 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Komentar :
Catat Ulasan