Rabu, 23 Februari 2011

Insentif untuk Pensyarah

SHAH ALAM – Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar mengumumkan tiga insentif kenaikan pangkat pensyarah bagi menggalakkan peningkatan kesarjanaan.

Menurutnya, UiTM mendapat kebenaran khas untuk memiliki sistem kenaikan pangkat yang berbeza daripada universiti lain setelah mengambil kira kekuatan yang ada pada pensyarah dan keperluan universiti.


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyampaian Amanat Tahun Baru Naib Censelor 2011 bertempat di Dewan Agong Tuanku Censelor, UiTM di sini.

Tiga insentif tersebut ialah memberi peluang kepada pensyarah yang telah bersara untuk meneruskan kerjaya sebagai professor, menyediakan 500 biasiswa kepada pentadbir dan pensyarah setiap tahun serta membuka peluang pemohonan kenaikan pangkat bagi pensyarah yang sedang cuti belajar.

“Dengan pengumuman ini saya harap tiada lagi suara-suara yang memberi gambaran seakan-akan kenaikan pangkat tidak diberikan perhatian yang sewajarnya oleh  pihak pengurusan universiti,” ujarnya.

Komentar :

ada 0 ulasan ke “Insentif untuk Pensyarah”

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.