Ahad, 24 April 2011

Dua Pelajar Aktif Sukan Terima Anugerah

SHAH ALAM: Dua pelajar aktif dalam bidang sukan telah menerima anugerah olahragawan dan olahragawati pada majlis Anugerah Sukan Universiti Universiti Teknologi Mara(UITM) 2010 yang berlangsung di Dewan Agong Tuanku Canselor, disini, baru-baru ini.

Olahragawan dan olahragawati membawa pulang hadiah wang tunai RM1000 setiap seorang, sijil, trofi dan Blazer Universiti yang disampaikan oleh Naib Cancelor UITM, Prof Ir Datuk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Ab Rahim Md Noor.

Olahragawan, Mohd Nafizwan meraih anugerah tersebut setelah mewakili Malaysia dalam kejohanan Sukan Asia di Guangzhou, China pada tahun lalu apabila memenangi pingat perak dalam kejohanan tersebut dalam acara skuasy lelaki.

Olahragawati Fatin Nur Fatehah pula merangkul anugerah tersebut setelah memenangi beberapa pertandingan seperti pingat Emas dalam Kejohanan Majlis Sukan Universiti Malaysia, Grand Prix Asia Pertama di Kuala Lumpur dan Sukan Malaysia Di Melaka.

Komentar :

ada 0 ulasan ke “Dua Pelajar Aktif Sukan Terima Anugerah”

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.