KLANG: Seorang pegawai khidmat pelanggan (GRO) warga Indonesia melemparkan riaksi selamba apabila wajahnya dirakam pihak media di dalam satu serbuan OPS Sayang yang dilakukan oleh Jabatan Imigresen Selangor di sebuah pusat karaoke di Bandar Putri di sini Mac lalu.
Operasi yang dijalankan tepat pada satu pagi berjaya menahan seramai 15 orang pendatang tanpa izin yang terdiri daripada rakyat Indonesia dan Myanmar. Kesemua mereka bekerja sebagai pelayan di pusat tersebut.
Di dalam serbuan itu, pihak Imigresen mendapati seramai 13 orang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, manakala dua orang lagi dilepaskan kerana memiliki passport. Mereka yang ditahan berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun.
Timbalan Pengarah Imigresen Selangor, Abdillah Azizudin berkata, aduan diterima daripada orang ramai yang mengatakan pekerja asing di sini melakukan perbuatan tidak bermoral.
Kesemua pendatang tanpa izin tersebut boleh didakwa di bawah Seksyen 6 (3) Akta Imigresen dan sekiranya didapati bersalah akan didenda tidak melebihi RM10000 dan penjara enam bulan atau enam kali sebatan sebelum dihantar pulang ke negara masing-masing.
Komentar :
Catat Ulasan