Ahad, 24 April 2011

Tanah Mendap Halang Laluan Masuk UiTM

SHAH ALAM: Pengguna hadapi kesukaran untuk memasuki Universiti Teknologi Mara (UiTM) akibat tanah mendap di pintu masuk seksyen 7 apabila ditutup mulai 10 pagi 18 Mac lalu.


Kejadian ini dikatakan berpunca daripada projek pembinaan infrastruktur baru di kawasan berhampiran dan ditambah lagi dengan keadaan cuaca yang tidak menentu. 


Naib Canselor UiTM, Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar melalui laman sosial Facebook memberi komen bahawa proses pembaikan jalan laluan masuk itu akan mengambil masa selama enam bulan.


Dalam masa itu, pegunjung terpaksa menggunakan laluan alternatif di Pintu masuk 4 UiTM.


Komentar :

ada 0 ulasan ke “Tanah Mendap Halang Laluan Masuk UiTM”

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.