SHAH ALAM: Kewujudan pusat karaoke di tingkat atas sebuah pasaraya di Pusat Komersil Seksyen 7 dilihat menjadi tumpuan utama para pelajar terutama pada hujung minggu.
Kadar harga yang murah dan berpatutan menjadi tarikan pelajar untuk berhibur di waktu lapang tanpa mengeluarkan belanja lebih.
Menurut Nashriq Zulkifli, 22, pelajar semester 4, dari Fakulti Pengajian Perniagaan, dia menjadikan pusat karaoke sebagai tempat untuk dia melepaskan tekanan selepas penat lelah seharian menghadiri kuliah.
Selain daripada itu, Nashriq juga mengatakan aktiviti karaoke adalah salah satu aktiviti yang sihat kerana kebanyakan pelajar tidak melakukan perkara-perkara yang salah dan melanggar undang-undang seperti merempit atau sebaliknya.
Walaupun terdapat banyak tempat karaoke di sekitar Shah Alam, tetapi Nashriq dan rakan-rakannya lebih gemar ke pusat karaoke di sini kerana lebih dekat dan jimat berbanding dengan pusat karaoke ditempat lain.
Rabu, 2 Mac 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Komentar :
Catat Ulasan