Shah Alam- Sehingga Februari tahun ini, dua pasangan telah ditangkap di lokasi berbeza dalam kampus induk Universiti Teknologi MARA di sini atas tuduhan berkhalwat.
Ketua Khidmat Pelanggan Bahagian Keselamatan Hadith Jamaluddin memberitahu kepada pemberita, kes seumpama ini bukanlah sesuatu yang menghairankan memandangkan beberapa lokasi telah dikenal pasti menjadi tumpuan pelajar untuk bermadu kasih.
“Mereka menggunakan tempat-tempat sunyi dan gelap untuk berjumpa tapi ada juga pelajar yang tidak malu untuk melakukannya di tempat terbuka seperti dalam kereta terutamanya kereta yang bersaiz besar berdekatan Pusat Sukan seperti yang dilakukan oleh satu pasangan tahun lalu,” tambah beliau lagi.
Beberapa lokasi menjadi tumpuan pelajar untuk melakukan aktiviti tidak bermoral ini memandangkan keadaan sekitar yang sunyi dan dianggap strategik dalam mengaburi mata pihak keselamatan dan universiti.
Menurut beliau lagi, pelbagai alasan diberikan pelajar untuk menutupi kesalahan dilakukan selain terdapat segelintir pasangan yang sanggup merayu agar dilepaskan.
Pelajar yang ditangkap akan dipanggil untuk disoal siasat terlebih dahulu sebelum dibicarakan dan jika didapati bersalah mereka akan dikenakan denda oleh pihak universiti.#
Rabu, 2 Mac 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Komentar :
Catat Ulasan