SHAH ALAM: 50 orang pelajar daripada pelbagai fakulti dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini telah menyertai konvoi ke Malaysia Technology Expo (MTE), yang bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), 19 Febuari lalu.
Konvoi yang bermula jam 9.00 pagi tersebut dianjurkan oleh Jati Rider Team (JRT), satu-satunya kelab bermotorsikal di UiTM di sini, dengan usahasama pelajar-pelajar dari Kolej Melati.
Menurut presiden JRT, Zed Ezriq Bin Hadzri, tujuan utama konvoi ke Malaysia Technology Expo ini adalah memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kemajuan sains dan teknologi yang terkini.
Selain itu, sebagai pelajar di abad ini seiring dengan kecanggihan teknologi, ia akan memberi peluang kepada mereka untuk mencari idea-idea baru dan membuka minda dalam membuat penyelidikkan.
Rabu, 2 Mac 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Komentar :
Catat Ulasan