Rabu, 2 Mac 2011

Pelajar Diancam Anjing Liar

SHAH ALAM – Ancaman anjing liar di sekitar kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini kian meruncing sehingga menimbulkan rasa bimbang diserang serta suasana tidak selesa bagi pelajar kampus tersebut.



Pelajar yang menetap di Kolej Mawar mendakwa, haiwan tersebut sering kelihatan berkeliaran disekitar kawasan kolej tersebut bermula sekitar 9 malam dan mengganggu pelajar yang cuba mengulangkaji dengan salakkannya yang bising.


Pelajar Jurusan Sains Komputer, Jamaliah Hani, 22 berkata beliau pernah dikejar anjing tersebut ketika balik dari kelas kira-kira 10 malam dikawasan bukit di UiTM .

Ujarnya “Walaupun belum ada kejadian tidak diingini berlaku, kita harus berjaga-jaga dan sentiasa mengawasi kawasan persekitaran kerana ia mungkin muncul pada bila-bila masa dan menganggu ketenteraman awam.”

Selain itu, hal ini juga menjadi kebimbangan kepada pelajar Muslim yang gusar terkena najis haiwan tersebut dan menyukarkan mereka untuk melakukan ibadah.

“Diharap pihak universiti mengambil tindakan kerana ia akan jadi lebih serius jika tidak dibendung dari sekarang”, katanya

Komentar :

ada 0 ulasan ke “Pelajar Diancam Anjing Liar”

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.