Rabu, 2 Mac 2011

PSSGM Sasar 100 Ahli 2011

SHAH ALAM: Persatuan Seni Silat Gayong (PSSGM), UiTM Shah Alam mensasarkan 100 orang ahli baru menjelang hujung tahun 2011.


Menurut Presiden persatuan, Muhamad Hanif Hamzah, 23, objektif utama sasaran tersebut adalah memberikan kesedaran kepada pelajar akan kepentingan pengetahuan keselamatan diri serta membangkitkan semangat untuk membela seni mempertahankan diri Melayu yang penuh dengan keunikan dan seni yang tersendiri.

 Ujarnya “Setakat ini, jumlah ahli semasa kami 50 orang dan jumlah ahli baru 30 orang. Masih lagi tidak mencapai sasaran PSSGM”

Hanif menambah, dengan menyertai pesatuan ini, pelajar berpeluang meluaskan pengetahuan tentang latar belakang PSSGM, dan seterusnya lebih menghargai warisan Melayu yang dipertahankan semenjak zaman nenek moyang.

Menurutnya, pelajar tidak seharusnya malu atau takut untuk menyertai persatuan tersebut kerana ianya akan memberikan lebih manfaat kepada pelajar terutamanya dari segi kesihatan mental, fizikal, serta keselamatan diri.

Komentar :

ada 0 ulasan ke “PSSGM Sasar 100 Ahli 2011”

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.