Rabu, 2 Mac 2011

Ops Kad Metrik

SHAH ALAM – Bahagian Keselamatan Universiti Teknologi MARA (UiTM), menjalankan operasi bagi membendung masalah pelajar yang tidak menggantungkan kad pelajar atau kad metrik apabila memasuki kawasan kampus.


Peraturan pemakaian kad metrik tertakluk dalam Akta 174 Jadual 2 Bahagian II – Tatatertib Am Kaedah 23, yang menyatakan pelajar boleh dikenakan tindakan sekiranya didapati tidak memakainya.
Pegawai Unit Keselamatan UiTM, Encik Muhammad Hamdan berkata, “Pelbagai tindakan telah kami ambil namun tidak ada sebarang perubahan pada tabiat dan persepsi pelajar.”

Menurutnya, antara tindakan yang pernah diambil termasuklah menjalankan pemeriksaan mengejut, mengeluarkan saman dan menghalang pelajar memasuki kawasan kampus.

Ujarnya lagi, setiap hari sekitar 100 hingga 150 saman dikeluarkan berkaitan sahsiah rupa diri dan 70 peratus daripadanya merupakan saman kerana tidak menggantung kad pelajar.

Komentar :

ada 0 ulasan ke “Ops Kad Metrik”

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.