Rabu, 2 Mac 2011

300 Sertai Perkhemahan Amali, Perak

SHAH ALAM: Seramai 300 orang peserta melibatkan pelajar, pensyarah dan fasilitator dari Universiti Teknologi Mara Shah Alam, Jengka, Institut Johor Darul Takzim (Instep) dan Kolej Shahputra akan menyertai Perkhemahan Amali di Tasik Chenderoh, Kuala Kangsar Perak.

Program ini dianjurkan oleh Universiti Teknologi Mara Shah Alam untuk memenuhi silibus SPS 133 (Outdoor Recreation) peringkat diploma dan ijazah bagi semester kedua.

Antara aktiviti yang diilakukan sepanjang perkhemahan adalah kayak,‘survivor’, berakit, berbasikal, ikatan tali (low raw course), asas perkhemahan dan “jungle tracking”.

Selain memenuhi silibus, program ini juga bertujuan memupuk sikap kerjasama antara pasukan, kerja berkumpulan dan membentuk persefahaman di antara peserta.

Komentar :

ada 0 ulasan ke “300 Sertai Perkhemahan Amali, Perak”

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.