Rabu, 2 Mac 2011

Mymydin (A Training StoreRetail Management) kini di UiTM

Shah Alam: Universiti Teknologi MARA (UiTM) sekali lagi mengalu-alukan penyertaan industri korporat bagi menyediakan perkhidmatan latihan industri kepada para pelajar institusi pengajian tinggi khususnya dalam bidang akademik.

Pembukaan projek Mymydin (A Training Store For BBA (Hons) Retail Management) di UiTM merupakan sebuah lagi jalinan hubungan korporat yang amat berguna kepada insititusi pendidikan dan memberi faedah kepada para pelajar.



Majlis pembukaan projek ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor, Dato’ Prof Ir. Sahol Hamid Abu Bakar dan turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Mydin Dato' Haji Ameer Ali pada 14 Februari yang lalu.

Projek yang julung kali diadakan antara pihak UiTM dan Mymydin ini melibatkan penyertaan semua pelajar semester 4 (BBA (Hons) Retail Management) dan memberi peluang kepada para pelajar menguruskan premis perniaagan dengan bimbingan pihak pengurusan Mymydin.

Menurut Pengurus Stor Mymydin Norhaslina binti Abdullah, setiap pelajar akan diberikan tugasan dan shift mengikut jadual yang telah ditetapkan dan projek ini juga amat bermakna kepada pelajar sebagai pendedahan awal sebelum terlibat secara langsung dalam industri kelak.

Mymydin Store yang terletak di tingkat 1 Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM Shah Alam dibuka pada setiap hari hari dari jam 7.30 pagi hingga 8.00 malam .

Komentar :

ada 0 ulasan ke “Mymydin (A Training StoreRetail Management) kini di UiTM”

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.