Rabu, 2 Mac 2011

Surau Sesak, Berbau

SHAH ALAM: Keadaan surau di beberapa kawasan seperti Dewan Seri Budiman (DSB), Menara Sultan Azlan Shah (SAAS) dan fakulti sekitarnya, sesak dengan pelajar perempuan yang mahu menunaikan solat sehingga menyebabkan terpaksa berhimpit untuk menunaikan ibadat.



Ruang solat di kebanyakan surau wanita hanya mampu memuatkan antara 12 hingga 15 jemaah sahaja pada setiap waktu solat sedangkan surau itu menjadi lokasi tumpuan pelajar untuk melakukan ibadat.



Keadaan ini bertambah buruk apabila terdapat pelajar yang "uzur‟ mengambil kesempatan berehat dalam surau dan tidak mengendahkan jemaah yang ingin menunaikan solat.


“Kalau di surau dekat DSB, yang bagusnya pelajar tidak perlu ke tempat lain jika ingin ambil wuduk tapi suraunya kecil dan jika masuk waktu, kami terpaksa beratur untuk mengambil wuduk dan menunggu pelajar yang sudah selesai solat untuk keluar untuk bagi peluang pada pelajar yang ingin menggunakannya.

“Kami terpaksa bawa telekung masing-masing kerana kuantiti telekung sedikit, dan berbau. Sejadah pun kurang juga. Tingkap di situ terbuka, jadi aurat kami terdedah pada pelajar lain yang lalu lalang,” kata Nur Izzah Khairiyah Yahya, Pelajar Fakulti Perakaunan.

Komentar :

ada 0 ulasan ke “Surau Sesak, Berbau”

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.