Rabu, 2 Mac 2011

"Art Market" Jana RM15 ribu Dana Pelajar

Shah Alam – Art Market kelolaan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini berjaya mengumpul sebanyak RM15 ribu sepanjang dua hari ianya berlangsung.



Hasil kutipan tertinggi sekitar RM4000 diperoleh Jabatan Senireka Tekstil yang menjual hasil karya pelajar termasuklah kasil batik dan kraf.

Penasihat bagi program tersebut merangkap Pensyarah dari Jabatan Seni Reka Logam Halus, Mohd Fairus b. Yusoff berkata, program ini buat julung kalinya diadakan di dalam fakulti tersebut setelah lebih 10 tahun.


Menurutnya, ia merupakan salah satu inisiatif dari fakulti tersebut bagi memberi peluang kepada 9 jabatan dalam fakulti tersebut untuk mengumpul dana aktiviti pelajar di samping mempromosikan fakulti tersebut.
Tambahnya, jualan di Art Market merupakan hasil tangan pelajar-pelajar fakulti itu sendiri.

“Setiap jabatan menubuhkan satu kumpulan khas untuk menyediakan bahan untuk dijual di Art Market ini, selain daripada beberapa hasil kerja pelajar yang terpilih.”

Acara tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Abdullah Mohamad Said.

Antara koleksi yang menarik perhatian pelajar pada hari tersebut termasuklah koleksi tembikar yang dikatakan hasil pelajar dari tahun 1980-an selain daripada hasil kerja lain yang unik.

Turut mencuri perhatian pada hari tersebut adalah rekaan permainan robot, barangan perhiasan perak, kraf tangan, kraf batik, dan seni lukisan yang mampu menandingi hasil buatan profesional.

Komentar :

ada 0 ulasan ke “"Art Market" Jana RM15 ribu Dana Pelajar”

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.