Rabu, 2 Mac 2011

Amanat VC - Insentif Pensyarah

SHAH ALAM – Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar mengumumkan tiga insentif kenaikan pangkat pensyarah bagi menggalakkan peningkatan kesarjanaan.

Menurutnya, UiTM mendapat kebenaran khas untuk memiliki sistem kenaikan pangkat yang berbeza daripada universiti lain setelah mengambil kira kekuatan yang ada pada pensyarah dan keperluan universiti.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyampaian Amanat Tahun Baru Naib Censelor 2011 bertempat di Dewan Agong Tuanku Censelor, UiTM di sini.

Tiga insentif tersebut ialah memberi peluang kepada pensyarah yang telah bersara untuk meneruskan kerjaya sebagai professor, menyediakan 500 biasiswa kepada pentadbir dan pensyarah setiap tahun serta membuka peluang pemohonan kenaikan pangkat bagi pensyarah yang sedang cuti belajar.

“Dengan pengumuman ini saya harap tiada lagi suara-suara yang memberi gambaran seakan-akan kenaikan pangkat tidak diberikan perhatian yang sewajarnya oleh pihak pengurusan universiti,” ujarnya.

Selain itu, Sahol menyarankan agar pensyarah kanan meningkatkan lagi usaha mengangkat kesarjanaan dan memantapkan kerjaya sebagai warga akademik dengan menghasilkan penulisan untuk jurnal berwasid

Sementara bagi pensyarah muda, beliau menggalakkan mereka membiasakan diri membentangkan kertas kerja di persidangan luar negara bagi mendapat pendedahan di peringkat antarabangsa selain memperkukuhkan kerjaya masing-masing.

Komentar :

ada 0 ulasan ke “Amanat VC - Insentif Pensyarah”

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.