Rabu, 2 Mac 2011

APB Belasah Tersang 3-1

PAHANG: Pasukan bolasepak Akademik Pengajian Bahasa (APB), UiTM membelasah Tersang FC 3-1 dalam perlawanan persahabatan yang diadakan pada 29 Januari lalu.

Gol-gol APB telah dijaringkan oleh Azeraf Bin Mohd Mohaiden yang mneyumbat 2 gol dan Izad Zainal Muhammad Safian menjaringkan gol yang ketiga.

PasukanTersang FC merupakan pasukan yang dibarisi oleh pemain berpengalaman dari Pahang.

Perlawanan persahabatan tersebut bertujuan untuk mempersiapkan pasukan APB selain memberi pendedahan kepada pemain apabila menyertai Liga Selangor kelak.

Perlawanan ini juga bertujuan untuk memperbaiki kemahiran para pemain agar mereka dapat bersaing dengan pasukan lain dalam liga Selangor.

Komentar :

ada 0 ulasan ke “APB Belasah Tersang 3-1”

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.