Rabu, 2 Mac 2011

Tiada Stor Penyimpanan Barang

Shah Alam : Isu ketiadaan stor penyimpanan barang menimbulkan kerisauan bagi kebanyakan pelajar kolej kediaman di Universiti Teknologi Mara (UiTM) setiap kali menjelang cuti semester.



Pelajar yang berjaya mendapat penempatan kolej pada semester akan datang mengalami kesukaran untuk membawa pulang kesemua barang mereka ke kampung halaman , menyebabkan mereka terpaksa mencari tempat penyimpanan .

Walaupun sesetengah koperasi kolej menyediakan perkhidmatan penyimpanan barang, namun perkhidmatan yang disediakan tidak mencukupi bagi menampung kuantiti pelajar yang terlalu ramai.

Pelajar mengakui kadar caj penyimpanan yang dikenakan terlalu mahal, tidak munasabah dan melampau sedangkan perkhidmatan yang diberikan tidak setimpal.

Antara masalah yang diketengahkan adalah apabila semester baru bermula, barang-barang yang simpan di tempat penyimpanan tersebut dikeluarkan dari kedai dan dibiarkan terabai di luar kawasan kedai.

Komentar :

ada 0 ulasan ke “Tiada Stor Penyimpanan Barang”

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.