Rabu, 2 Mac 2011

Dz@rt Cafe


Bermula dengan mengambil alih pengurusan restoran yang lama pada 31 Disember 2010, dZ@rt cafe berusaha untuk memperbaiki kualiti restoran daripada segi servis, penyediaan makanan dan harga yang berkadaran.

Dimiliki oleh tiga orang anak muda yang gigih, Narul Akmar Bin Arifin, Mohd. Roshaizizul Bin Fauzi dan juga Low Eng Huat, kesemuanya berasal dari Kelantan dan merupakan guru di salah sebuah sekolah  di Petaling Jaya.

Selain itu, restoran ini juga turut di sokong oleh lapan orang pekerja yang mana empat dari mereka adalah tukang masak.

Kekuatan yang ada pada restoran ini adalah keenakan makanan itu sendiri di mana bagi penggemar-penggemar masakan ala Thai, mereka boleh lah berkunjung ke kedai ini.
Tomyam menjadi signifikan kepada restoran ini kerana ia adalah pilihan pertama para pengunjung. Tomyam nya cukup istimewa kerana disediakan dengan menggunakan bahan-bahan yang segar dan pes yang di import dari negara Thai.

Rasanya yang cukup lazat menjadi faktor permintaan yang tinggi dari para pelanggan. Jadi, tidak mustahil lah ada pelanggan yang menjadikannya sebagai menu utama sekiranya ke sini.
Bukan hanya tomyam yang menjadi pilihan utama pelanggan, malahan menu lain seperti kuey tiau kungfu, bihun rebus, nasi goreng paprik, dan sebagainya  turut mendapat perhatian kerana keenakkannya tidak  didapati di restoran-restoran lain.
Antara Hidangan Hebat Dz@rt

Tambah menarik lagi, dZ@rt juga turut menawarkan harga yang terendah kepada pelanggan iaitu antara RM4-RM5.50 sahaja bagi setiap hidangan. Minimum harga bagi semangkuk tomyam ala carte adalah dari serendah RM4.

Restoran ini memulakan operasi dari jam 10 pagi hingga 2 pagi. Untuk hidangan tengahari, masakan panas turut disediakan selain daripada masakan tengahari.

Selain itu, nasi ayam Pattani merupakan hidangan istimewa untuk tengahari. Bagi sesiapa yang ingin mencuba, bolehlah datang ke restoran ini.

Nasi ayam ini agak berbeza dari nasi ayam yang biasa kerana nasi nya dimasak menggunakan rempah dan ayamnya juga turut diperap dengan rempah. Rempah-rempah ini di import dari negara Thai dan kerana itulah namanya digelar nasi ayam Pattani.

Restoran ini juga turut menawarkan promosi istimewa kepada pelanggan. Setiap pelanggan akan diberikan satu kupon pada setiap hidangan tengahari dan selepas enam kali berkunjung ke restoran itu, mereka akan dapat percuma pada kali ke tujuh.
Ini bermaksud, setiap pengunjung yang sudah enam kali makan di situ, akan mendapat sekali makan percuma.

Promosi ini bertujuan untuk meningkatkan jumlah pelanggan selain sebagai satu cara untuk berterima kasih kepada pelanggan.

Konsep Black & White 
Dekorasi restoran ini masih mengekalkan konsep yang sama iaitu ‘black & white’. Konsep ini memberikan sentuhan moden dan segar . susun atur  restoran ini sangat kemas dan memberikan keselesaan kepada pengunjung.

Ketika artikel ini ditulis, restoran  ini masih baru sebulan beroperasi.  Pihak pengurusan juga sedang merancang beberapa menu baru bagi memvariasikan lagi makanan seperti makanan barat dan sebagainya.


Sekiranya anda berkunjung ke seksyen 7, restoran dZ@rt yang terletak di Pusat Komersil benar-benar menjanjikan kepuasan. Faktor makanan yang lazat dan murah sangat mengagumkan. Justeru itu, restoran ini merupakan antara restoran yang terbaik di Shah Alam. Selamat mencuba!

Komentar :

ada 0 ulasan ke “Dz@rt Cafe”

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.