Rabu, 2 Mac 2011

Pendokong Aspirasi UiTM

Shah Alam: Persoalan untuk mengetahui siapakah yang bakal menduduki 52 kerusi dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar UiTM Shah Alam sesi 2011/2012 terjawab apabila senarai calon terpilih diumumkan oleh Timbalan Naib Censelor, Hal Ehwal Pelajar, Prof. Dato’ Dr. Abdullah Mohamad Said di Dewan Komplek Sukan UiTM, selasa lalu.

Setiap calon bertanding adalah atas tiket sendiri tanpa membawa mana-mana fahaman politik dari luar, seterusnya membuktikan bahawa UiTM melatih para mahasiswanya untuk menjadi pemimpin dan bukannya ahli politik.

Dr. Abdullah

Dr. Abdullah berkata, sejak dari hari pertama pelajar melangkah kaki ke UiTM, mereka telah dilatih untuk memahami visi, misi dan falsafah UiTM secara keseluruhannya dan perkara ini sering diulang bagi memantapkan 
lagi jati diri pelajar ke arah yang lebih baik.

“Pengaruh politik luar harus dikawal sepanjang masa dan bukannya sewaktu pilihanraya sahaja”, katanya.

Terdapat 26 fakulti di UiTM Shah Alam dan setiap fakulti diperuntukkan 2 kerusi. Setiap calon bertanding pula tidak dikenakan syarat khusus, asalkan mereka pernah menghadiri program kepimpinan atau jati diri yang dianjurkan oleh universiti bagi memastikan mereka memahami sepenuhnya segala prosedur yang terlibat dalam universiti ini.

Komentar :

ada 0 ulasan ke “Pendokong Aspirasi UiTM”

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.