Rabu, 2 Mac 2011

UiTM Shah Alam Lakar Sejarah- LTdL

Shah Alam: Sejarah tercipta buat Universiti Teknologi Mara (UiTM) kerana julung kalinya sebuah institusi pengajian tinggi telah dipilih menjadi salah satu venue perlumbaan lumba basikal terbesar di Asia Tenggara, Le Tour de Langkawi.

Edisi ke-16 siri perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) yang berakhir pada 1 Februari lalu telah memilih UiTM sebagai ‘starting line’ perlumbaan peringkat ke 10 UiTM Shah Alam-Kuala Lumpur.

Naib Chanselor UiTM, Dato' Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar meluahkan perasaan bangga apabila UiTM terpilih daripada beratus institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang ada di Malaysia.

Lantaran daripada reaksi positif yang diterima daripada penganjur dan penaja LTdL, beliau turut meluahkan harapan agar pada edisi yang seterusnya, UiTM sekali lagi dipilih menjadi salah satu peringkat perlumbaan LTdL.

Selain daripada itu, dengan pemilihan Anuar Manan sebagai ikon berbasikal UiTM diharapkan dapat menjadi titik kebangkitan pelumba berbasikal universiti untuk lebih berdaya saing dan kompetitif di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Komentar :

ada 0 ulasan ke “UiTM Shah Alam Lakar Sejarah- LTdL”

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.